Thursday 8 December 2011

RAGAM AYAT- CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya.
            Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya.
2.         Dalam penulisan, tanda petik
            ("...") digunakan untuk cakap ajuk.
3.         Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya.
4.         Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.
5.         Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini.

Cakap Ajuk

Cakap Pindah

1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang dilaporkan semula sebagaimana asalnya dituturkan.
2. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan.
3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda pembuka kata dan diakhiri dengan tanda penutup kata  ( “ …….. “ )

1. Cakap Pindah ialah perkataan atau percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan.
2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan perkataan-perkataan dalam ayat.
3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan perkataan sama.
  1. "Cuci baju kamu," kata ibu kepada Ani.
  2. Cikgu berkata, "Mengapa tidak hadir semalam, Hafizi?"
  3. "Datanglah ke rumah saya malam ini, Encik Azman," kata Encik Lim.
  4. “ Di manakah awak letakkan beg itu ? ” tanya Cikgu Azmi kepada Sunita.
  5. Kata nenek kepada Siti, “ Begini cara membuat kuih Bahulu.”
  6. Kata Hassan kepada Faizal , “ Ini buku awak. ”
  7. “ Ayam itu lapar,” kata Asmah.
  8. “ Berikan bola ini kepada Zainal Abidin,” kata Dollah Salleh.
  1. Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya.
  2. Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab dia tidak hadir semalam.
  3. Encik Lim mempersilakan Encik Azman ke rumahnya pada malam nanti.
  4. Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di mana dia meletakkan beg itu.
  5. Nenek berkata kepada Siti bahawa begitu cara membuat Kuih Bahulu.
  6. Hassan menyatakan kepada Faizal bahawa itu buku dia.
  7. Asmah menyatakan bahawa ayam itu lapar.
  8. Dollah Salleh menyuruh agar bola itu diberikan kepada Zainal Abidin.
6.         Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara-perkara
            berikut perlu diubah atau diberi perhatian.
Cakap Ajuk Cakap Pindah

saya, aku, hamba
beta
kami, kita
anda, awak, kamu, engkau
dia
beliau
mereka
ini
itu
sini
begini
demikian ini
sekarang
malam tadi
semalam
hari
ini
esok

dia, ia, nya, beliau
baginda
mereka
saya, dia, nya
dia
beliau
mereka
itu
itu
situ, sana, tempat itu
begitu
demikian itu
masa itu, ketika itu
malam semalamnya
semalamnya
hari itu
esoknya, keesokan harinya, hari itu

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.